#Hiburan: Dini Schatzmann Akui Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Janna Nick Tanpa Pertolongan Orang Lain

Mendedahkan hanya mengambil masa selama seminggu untuk merancang konsep kejutan hari lahir kekasihnya, Janna Nick, pelakon baru Dini Azan Schatzmann akui kesemuanya dilakukan pada saat akhir dan dibuat sendiri tanpa bantuan orang lain.

dini janna nick sambut hari lahir

Tambah Dini lagi, terlalu pantas masa berlalu, beliau juga dikhabarkan terpaksa mengendalikan semua itu dalam masa lebih kurang satu jeam setengah.

Malah kek istimewa yang disajikan kepada Janna juga ditempah sehari sebelum kejutan itu berlangsung.

“Hadiah dia saya dah beli dua hari awal. Saya yang pilih sendiri beg tu. Semua ini memang dilakukan pada saat akhir.”

Menurut Dini, bagi mengabadikan kenangan bersama, beliau sanggup melakukan perkara sedemikian kepada kekasihnya malah tidak menolak yang setiap individu itu mempunyai cara yang berbeza.

Terdahulu, pelakon yang mula melonjak naik selepas membintangi drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek memuat naik sebuah video menunjukkan momen sepanjang sambutan hari lahir pemenang Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-30 itu.

Mengintai ke ruangan komen, posting yang mendapat ratusan ribu jumlah tontonan itu dibanjiri kata-kata romantis daripada para pengikut. Selain mendoakan agar jodoh kedua pasangan ini berkekalan, peminat juga seakan berpendapat kejutan tersenut amat istimewa.

Untuk rekod, Dini dan Janna mula menjalin hubungan cinta sejak 2019, malah sebelum ini pernah timbul perkhabaran pasangan ini sudah berkahwin lari ke negara jiran. Bagaimanapun kenyataan itu dinafikan kedua belah pihak dan mendakwa itu hanyalah fitnah yang boleh menjatuhkan nama baik mereka.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments