Baru-baru ini, pelakon berbakat Nazim Othman ada berkongsi mengenai pengalaman menakutkan yang dialaminya di laman instagram peribadinya.
Menurutnya, dia ada bermimpi dirinya dicabut nyawa beberapa kali tidak berapa lama dahulu. Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman,36, menganggap pengalaman ngeri itu sebagai teguran daripada yang Maha Esa buat dirinya.
Ternyata, ianya memberi kesedaran dan keinsafan kepada pelakon serba boleh ini.
“Beberapa bulan lalu, saya mimpi dicabut nyawa. Dah dicabut nyawa, lepas tu hidup semula selepas beberapa saat, lepas tu dicabut sekali lagi nyawa ini kemudian saya tersedar daripada tidur,”
Dalam posting berkenaan, Nazim menganggap mimpi tersebut sebagai peringatan dari Allah untuk dia berubah menjadi Muslim yang lebih baik.
“Orang kata mimpi ni mungkin sekadar mainan tidur, tetapi dari apa yang saya nampak, ia merupakan satu peringatan yang paling lembut dariNya untuk saya nilai semula pilihan yang saya buat dan cara hidup saya selama ini,”
0 Comments