#Hiburan: Ammar Alfian Kongsi Pengalaman Berdepan Isu Perkauman

Mengakui pernah berdepan beberapa kali pengalaman diskriminasi warna kulit sepanjang hidupnya, pelakon Ammar Alfian kongsi kisah peribadi ketika menetap di luar negara bersama keluarganya ketika masih kecil di laman Instagram.

ammar alfian

Menurut Ammar, ia seperti dejavu sekali lagi sekitar tahun 1990-an ketika ibu bapanya masih menuntut di Norwalk, Los Angeles.

Tambahnya, ketika beliau berusia enam tahun, beliau selalu disisihkan dan tiada pilihan melainkan berkawan dengan orang berkulit hitam.

Malah lebih perit, kisahnya dibelasah tanpa sebab ketika pergi dan pulang dari sekolah dan ditengking juga turut dikongsi Ammar menerusi perkongsian berkenaan.

Ujarnya lagi, situasi seakan sama turut terjadi kepada kedua ibu bapanya yang bekerja sambilan sebagai tukang cuci apabila sering ditengking kerana memakai hijab.

Namun, selepas pulang ke Malaysia situasi itu dilihat masih belum terhenti kerana Ammar dikhabarkan dihina dengan pelbagai gelaran.

“Di sini saya dipanggil ‘Bangla’ dan ‘Keling’ ketika masih bersekolah dan saya tak tahu kenapa.”

Perkara itu seakan menjadi persoalan buat dirinya. Namun setelah lama kelamaan beliau lebih faham kerana warna kulitnya tidak putih menyebabkan dirinya sentiasa dijadikan bahan hinaan orang.

ammar alfian

“Saya memahami perasaan mereka yang berjuang setiap hari berdepan rasis. Allah itu maha berkuasa, orang kafir ini ingat dia kuat sekarang. Tunggu!”

Sehingga kini, kecoh di serata dunia apabila berlaku rusuhan di Amerika Syarikat selepas seorang anggota polis dikatakan menekan leher kepada seorang warga Afrika-Amerika George Floyd menggunakan lutut sehingga meninggal dunia kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments