#Hiburan: Akui Berbeza, BCL Kongsi Pengalaman Sambut Aidilfitri Tanpa Arwah Suami

Meskipun berbeza menyambut Aidilfitri tanpa kelibat arwah suami di sisi, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari meraikan perayaan itu dalam keadaan norma baharu susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa di Indonesia.

sambutan aidilfitri bcl

Mengakui kemeriah tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, namun tradisi yang dilakukan ketika arwah masih hidup tetap diteruskan Bunga sebagai tanda menghargai jasa suaminya.

Kongsi Bunga di laman YouTube, malam sebelum meraikan sambutan itu, mereka sekeluarga mengambil kesempatan membacakan surah Yasin buat arwah.

“Kami tidak lepaskan malam itu tanpa takbir seperti kamu lakukan malam tahun lalu.”

sambutan aidilfitri bcl

Menurutnya, perkara tersebut dilakukan Ashraf pada tahun lalu namun sedikit berbeza susulan pandemik ini mereka bertakbir secara dalam talian bersama seorang ustaz.

Tambah Bunga, lebaran ini cukup indah buat dirinya dan cahaya mata, Noah kerana mereka sempat menyiapkan juadah raya seperti tahun sebelum ini.

“Saya jaga tradisi ini untuk Noah biasa dengan kehidupan baharu ini.”

Video yang dimuat naik itu turut mengimbau kembali kenangan meraikan Aidilfitri bersama Allahyarham pada tahun lalu.

Ujar Bunga, walaupun kini orang ramai bagaikan sedang berdepan ujian dan dugaan, beliau dikhabarkan masih bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyambut perayaan ini bersama insan tersayang.

Kata Bunga lagi, meskipun ketiadaan Ashraf di sisi namun jiwanya sentiasa ada bersama dengannya, malah tidak putus mendoakan Ashraf sebagai tanda rasa cinta buat pemergian arwah suami.

sambutan aidilfitri bcl

Terdahulu, Bunga dan Ashraf dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2008.

Namun, pada tanggal 18 Februari 2020, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Sumber: YouTube (IT’S ME BCL)


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments