#Hiburan: “Nama Pangkal Huruf A..” Ahmad Idham Dedah Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu

‘Kantoi’ menggunakan gelaran Datuk palsu, pengarah Ahmad Idham mendakwa seorang individu telah menggunakan gelaran palsu tersebut untuk kepentingan peribadi.

Tindakan pengarah tersebut yang melakukan siasatan itu tidak lain tidak bukan untuk memberi kesedaran kepada individu tersebut bahawa penipuan yang sedang dilakukannya kini itu merupakan perkara yang amat serius dan memalukan.

Menurutnya lagi, individu tersebut merupakan kenalan yang dikenalinya secara peribadi. Beliau mendakwa telah mengetahui mengenai perkara itu tetapi semakin lama telah menjadi semakin serius.

Mengimbas kembali, Ahmad Idham telah memuat naik tangkap layar skrin yang memaparkan status Datuk yang tidak dijumpai dengan carian individu bermula dengan huruf A di sebuah portal.

“Kami mahu dia tahu bahawa mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk bukan sesuatu yang boleh dibuat main terutama sekali jika seseorang itu langsung tidak memilikinya,”

Pelakon serta pengarah yang memang terkenal dengan siri Spanar Jaya ini mengakui telah menegur individu tersebut secara ‘berlapik’ dan mengingatkan bahawa pembohongan tersebut boleh terbongkar bila-bila masa sahaja.

Dengan kecanggihan teknologi ketika ini, segalanya berada di hujung jari. Beliau turut mengingatkan bahawa penipuan seperti ini adalah sebuah perlakuan jenayah dan akan memudaratkan diri sendiri.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk membongkarkan perkara ini jika keadaan sudah melampaui batas. Bagi Ahmad Idham, bukan niatnya untuk mengaibkan sesiapa tapi hanya menggunakan kuasa media untuk mengingatkan orang ramai bahawa isu ini adalah serius dan bukan perkara main-main.

Sumber: mStar online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments