Tindakan bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap golongan berkulit gelap mendapat perhatian umum.
Namun, kecoh apabila rapper dan ushawan terkemuka tempatan, Caprice tampil menempelak kenyataan yang dilakukan Samantha menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Menurut Caprice, tindakan itu merupakan perkara paling teruk pernah didengarnya daripada rakyat Malaysia.
Tambah Caprice, kewujudhan manusia di muka bumi ini bukanlah pilihan sesiapa. Hal ini kerana, tiada seseorang pun yang boleh memilih untuk menjadi puth atau hitam apabila dilahirkan.
“Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi Melayu, Cina, India atau Iban sekali pun. Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi putih atau hitam.”
Ujar Caprice, pemegang takhta Miss Universe Malaysia bukanlah datang daripada golongan tidak berpelajaran, namun kenyataan yang dikeluarkan Samantha memperlihatkan dirinya bersifat berlainan.
“Tapi macam mana boleh berfikiran terlalu kecil. Cantik tak semestinya cerdik, ye betul tapi cantik atau tak kita kena sentiasa mengejar ilmu.”
Terdahulu, Samantha dilihat tidak sensitif meminta orang berkulit gelap bertanggungjawab terhadap rusuhan kaum yang melanda.
“Terima perkara ini seadanya, sehingga kini masalah kelaparan dan kemiskinan masih ada. Ia tidak dapat dielakkan. Apa yang terbaik untuk anda lakukan adalah kekal tenang, lindungi hati dan tidak biarkan ia hancur.”
Malah Samantha juga turut berkongsi kisah penghinaan yang pernah menimpa dirinya ketika zaman persekolahannya kerana berkulit putih meskipun berdarah campuran Cina dan Brazil serta dibesarkan oleh keluarga India.
Isu perkauman terhadap golongan berkulit gelap ini mula tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika, George Floyd meninggal dunia apabila lehernya ditekan menggunakan lutut anggota polis Minneapolis, Minnesota sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas.
Floyd difahamkan ditangkap apabila beliau didakwa menggunakan wang palsu ketika membeli barang di sebuah pasar raya.
Disebabkan kejadian itu, rusuhan besar-besaran turut terjadi di beberapa bandar di Amerika Syarikat, sekali gus menyebabkan Gabenor Tim Walz terpaksa mengisytiharkan darurat di Minnesota susulan kejadian itu yang bertukar menjadi semakin ganas.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments