Menganggap dia mempersendakan agama, isu Nur Sajat mengenakan telekung ketika berada di Tanah Suci sehingga hari ini masih lagi menjadi perbualan hangat di media sosial. Kali ini, ramai yang tidak boleh bersabar dengan tindakannya yang sudah mencemarkan tempat ibadah yang sangat suci untuk umat Islam.
Pelbagai spekulasi dan berita timbul mengenai kontroversi tersebut, terbaru timbul dakwaan mengatakan Sajat sebenarnya lari ke Makkah selepas dia kalah kes saman bernilai hampir RM200,000. Betul ke?
Sajat kalah kes saman hampir RM200k
Menerusi laman Facebook, Nurwati Hussin selaku plaintif dalam kes tersebut mengakui apa yang berlaku membuatkan dia mengalami tekanan perasaan. Ini kerana, Sajat t turut mengemukakan saman tuduhan pecah amanah terhadapnya tanpa bukti yang kukuh.
Namun, selepas hampir dua tahun turun naik mahkamah Nurwati meluahkan rasa syukur akhirnya tuntutan dari OWA Resources diterima mahkamah dan Sajat telah diarahkan untuk membayar pampasan seperti yang telah diputuskan oleh hakim. Ini sekaligus membuktikan tuduhan Sajat sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
Tidak lama selepas kontroversi kes tersebut, Sajat dilihat menunaikan umrah dan seakan cuba untuk “mereka” cerita baharu dengan memuat naik foto dirinya memakai telekung di Tanah Suci. Dikatakan lari ke Makkah selepas mengetahui dia kalah kes tersebut.
Difahamkan, ketika kes kemenangan Nurwati dibacakan di mahkamah, Sajat tidak hadir untuk mendengar keputusan tersebut dan hujah daripada hakim.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments