Seperti yang diketahui umum, semalam agensi pelancongan yang membawa Nur Sajat mengerjakan umrah iaitu Albayt Travel (M) Sdn Bhd mengesahkan bahawa usahawan kosmetik itu sudah pun dibawa keluar dari Tanah Suci susulan kontroversi dia berpakaian seperti wanita dan bertelekung ketika di Makkah.
Bagaimanapun, timbul pelbagai spekulasi dan persoalan apabila Pencetus Ummah Amin yang kini berada di Tanah Suci sebagai mutawif membuat pendedahan mengejutkan memaklumkan Sajat sebenarnya masih berada di Masjidil Haram dan lengkap bertudung.
PU Amin mengesahkan rakan serta jemaahnya terserempak dengan Sajat rakan-rakannya masih bertudung dan mengerjakan Saie.
Bukan sekadar khabar angin semata-mata, menerusi laman Facebook beberapa netizen yang turut berada di Makkah berkongsi foto terkini Sajat di sana.
Terdahulu, pihak agensi berkata mereka sudah meminta Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air kerana telah menimbulkan kekecohan. Mereka turut mendakwa Sajat serta ibu bapanya enggan memberikan kerjasama dan sukar diajak berbincang dan perbincangan hanya dilakukan melalui orang tengah iaitu melalui pembantu peribadinya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments