#Hiburan: (TAHNIAH) Elfira Loy Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.

elfira loy timang cahaya mata

Berita gembira itu dikongsikan oleh Elfira menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik momen suaminya bersama bayi mereka. Boleh lihat betapa bahagianya dan teruja Faris dapat menatap wajah cahaya mata yang mereka nantikan selama ini.

Ruangan komen di ‘posting’ tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat pasangan ini atas kurniaan terindah itu. Bagaimanapun, sehingga kini Elfira tidak memberikan butiran lanjut mengenai jantina bayinya, sama ada lelaki atau perempuan.

anak elfira loySekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Elfira dan suami, semoga keluarga mereka ini terus dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki dengan kehadiran orang baru. Tak sabar pula kami ingin melihat wajah penuh anak mereka. Putih gebu, mesti comel kan?


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments