#Hiburan: (TAHNIAH) Farah Nabilah Bakal Nikah Juruterbang 20 Disember Ini

Tentunya ramai jejaka akan kecewa apabila membaca berita ini. Pelakon jelita, Farah Nabilah menerusi satu sidang media khas telah mengumumkan dia bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Disember ini.

farah nabilah kahwin juruterbang

Bercerita mengenai detik pertemuannya bersama bakal suami, Farah berkata mereka diperkenalkan oleh sahabat baiknya, Izara Aishah.  Sifat Amirul yang penyabar dan penyayang membuat dirinya tertarik.

Pada awal perkenalan sekitar tujuh tahun lalu, saya memang tidak begitu melayannya kerana ketika itu, saya masih patah hati. Walaupun Izara cuba memujuk, saya tetap berkeras.

farah nabilah kahwin

Namun, sifat sabar dan tidak putus asa Amirul serta cara dia melayan kedua-dua orang tua saya, akhirnya membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai teman hidup.

Ditanya mengapa dia berahsia mengenai kisah cintanya, Farah menjelaskan dia mahu fokus kepada kerjaya lakonannya terlebih dulu dan bukan kerana takut popularitinya akan terjejas.

farah nabilah

Memang sejak dahulu lagi, saya kurang selesa berkongsi perkara peribadi. Lagipun, saya lebih suka peminat fokus dengan kerjaya saya.

Apabila hubungan kami sudah sampai tahap serius dan yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya, baru saya berani mengumumkannya.

farah nabilah Selain upacara akad nikah, mereka turut diraikan dalam dua majlis resepsi iaitu sebelah pengantin lelaki pada 28 Disember, disusuli pihak perempuan pada 5 Januari tahun depan.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Farah Nabilah dan bakal suami. Semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga berjalan lancar. Memang sama cantik, sama padan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments