Kontroversi putus tunang pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman sehingga hari ini masih menjadi tanda-tanya. Apakah punca sebenar pasangan yang sebelum ini begitu mesra bersama tiba-tiba bertindak memutuskan hubungan mereka. Pelbagai spekulasi liar timbul termasuklah dakwaan Syafie mengasari bekas tunangnya.
Baru-baru ini, dakwaan terhadap kes ugut dan mendatangkan kecederaan terhadap Aishah berakhir apabila pihak pihak pendakwa raya membuat keputusan kes tersebut Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan terbukti Syafie tidak bersalah.
Terbaru, kecoh pendedahan oleh pengurus Syafie iaitu Badrul Hisham mengenai apa sebenarnya yang terjadi sebelum pasangan itu putus tunang. Ia juga bagi menjawab tuduhan Aishah yang mengatakan Syafie menjalinkan hubungan songsang.
Aishah cemburu hubungan akrab
Syafie dan adik angkat
Masalah mula timbul apabila Aishah cemburu dengan hubungan akrab Syafie dengan adik angkatnya, Sapawi Johnson. Malah, aktres itu dan dua ahli keluarganya dikatakan pernah menumpang di rumah Syafie hampir sebulan lamanya atas sebab ingin melarikan diri.
Bukan itu sahaja, Aishah juga didakwa cuba untuk menyingkirkan adik angkat Syafie dari rumah.
Terkejut bagaimana wartawan boleh
tahu dan laporkan kes Syafie pukul
bekas tunang
Terdahulu, pada 26 Jun lalu, Aishah dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dan berlaku pertengkaran di dalam kereta aktor terbabit. Malah, Syafie turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul bekas tunangnya itu. Akibat insiden tersebut, akhirnya ikatan pertunangan mereka terputus pada 21 Julai lalu.
Sumber Berita : mStar Online & Badrul Hisham
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments