#Hiburan: Perlukan Semangat Untuk Capai Impian? Ikuti 4 Tips Ini

Pasti anda semua masih ingat lagi cita-cita waktu di sekolah dulu? Ada yang nak jadi doktor, peguam, guru dan macam-macam lagi lah. Tapi soalannya, adakah anda dah capai impian tu semua? Ada yang cukup bertuah kerana berjaya mencapainya tapi ada juga yang masih belum berpeluang.

Mungkin ada yang perlu fokuskan pada perkara lain dahulu, ada keluarga perlu diutamakan, atau tak yakin pada diri sendiri kerana takut dengan kecaman dari orang sekeliling. Pendek kata, bukan mudah untuk merealisasikan impian lagi-lagi ketika sudah dewasa ni. Tapi soal umur tak sepatutnya menjadi penghalang. Kalau tak sekarang, bila lagi?

Untuk anda yang masih rasa ragu-ragu atau tak yakin pada diri sendiri, jangan risau. Tarik nafas dan relaks kerana kami akan kongsikan tips ini untuk bantu anda lebih yakin mencapai impian.

#1 Berhenti Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Berhneti bandingkan diri sendiri
 Setiap orang ada perjalanan dan kisah hidup mereka tersendiri. Lain orang, lain kepayahannya. Bukan semua lalui benda yang sama dalam hidup. Jadi yang penting sekali, jangan sesekali bandingkan diri anda dengan yang lain.

Bila anda berhenti bandingkan diri sendiri dengan orang lain, baru anda akan sedar pada potensi diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan tinggi berhenti lihat apa yang dipakai oleh orang lain, apa yang orang lain kata dan buat. Hanya fokus kepada perkembangan diri untuk jadi orang yang lebih baik.

Itulah sebabnya bandingkan diri kita dengan orang lain akan buatkan kita rasa tidak bahagia langsung. Sebaliknya, fokuslah kepada kekuatan kita, kembangkan kemahiran kita, sentiasa belajar dan cuba menikmati perkara baru.

#2 Selalu Fikir Positif Tentang Diri

selalu fikir positif tentang diri sendiri

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Mesti anda pernah dengar kan ayat ini? Dalam usaha nak capai impian tu pasti akan ada rintangan dan halangan yang melanda. Tapi yang penting sekali, anda perlu kekal positif dengan diri sendiri.

Bila kita sentiasa berfikiran positif, kita juga akan menarik aura positif dalam kehidupan seharian. Ada banyak cara untuk kekal positif sepanjang hari seperti menonton video ‘motivational talk’ atau mendekatkan diri dengan mereka yang selalu positif dalam apa situasi sekalipun.

 #3 Terima Diri Sendiri Seadanya

terima diri seadanya

Setiap orang ada kelemahan masing-masing dan itu tak sepatutnya dijadikan penghalang untuk berjaya. Sebaliknya, apa kata anda tukarkan kelemahan itu menjadi kekuatan diri anda. Contohnya, kalau anda rasa tidak yakin dengan penampilan diri, anda boleh ubah penampilan anda dengan pelbagai cara.

Lakukan senaman di gym, amalkan pemakanan sihat hingga akhirnya anda berasa lebih yakin dengan diri sendiri. Walau apa pun alasan anda, be stronger than your excuses!

#4 Mantapkan Diri Dengan Ilmu Supaya Terserlah Kecantikan Luaran Dan Dalaman Seiring

mantapkan diri dengan ilmu

Kecantikan luaran dan dalaman yang membentuk personaliti seseorang menjadikan dirinya kelihatan lebih menarik. Sekarang ini ada pelbagai cara untuk anda menjaga kecantikan dalaman dan juga luaran. Untuk kecantikan luaran, rawatan facial dan penjagaan kulit antara aspek penting sekali.

Dengan amalkan pemakanan yang sihat juga, mendorong anda mengekalkan kecantikan dalaman. Amalkan gaya pemakanan sihat seperti makan buah-buahan dan sayuran pastinya membantu. Contohnya, Vitamin C dalam buah-buahan dapat menjadikan kulit anda nampak lebih berseri dan awet muda.

Tak perlu susah-susah sekarang ini kerana anda boleh amalkan Flavettes Effervescent Glow untuk dapatkan sumber Vitamin C untuk badan anda. Yang penting, lebih mudah untuk di consume dan boleh didapatkan di farmasi berhampiran anda sahaja.

Apa itu Flavettes Effervescent Glow?

Flavettes Effervescent Glow

Flavettes Effervescent Glow adalah suplemen Vitamin C nombor satu di Malaysia yang dapat membantu memberi keyakinan dengan kecantikan dalaman. Gabungan formulasi Vitamin C, E dan Glutathione bertindak sebagai antioxidan yang berkuasa untuk meneutralkan radikal bebas dari menyerang sel kulit, yang mana akan merosakkan sel kulit dan mempercepatkan penuaan.

Kalau anda nak tahu, antioxidan akan melambatkan proses penuaan dan ianya boleh diperolehi dari sumber Vitamin C. Selain itu, Vitamin C juga membantu untuk menambahkan kolagen dalam badan. Vitamin E memainkan peranan penting untuk pembaikan sel rosak dan seperti yang semua tahu, Glutathione sumber penting untuk proses detoks hati bagi mendapatkan kulit cerah berseri.

Anda boleh menikmati khasiat Flavettes Effervescent Glow pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Caranya sangat mudah, hanya larutkan Flavettes Effervescent Glow ke dalam segelas air pada suhu bilik. Cuma semudah itu sahaja!

Flavettes Glowing Star 2019

Di dalam program Flavettes Glowing Star 2019 ini, 5 peserta Flavettes akan merealisasikan impian mereka bersama mentor selebriti. Ini kerana mereka semua dapat belajar dari mentor masing-masing dan peroleh banyak tips. Yang penting, anda hanya perlu saksikan diari peserta-peserta Flavettes Glowing Star 2019, di www.gempak.com/flavettes2019 untuk dapatkan tips berguna ini juga.

Lynn (Bidang Solekan)

Lynn solekan

Lynn sebelum ini adalah seorang duta Flavettes pada pertama kali ia dilancarkan. Lynn menyertai Flavettes Glowing Star 2019 kerana ingin keluar dari ruang selesanya dan berhasrat mengubah wanita di luar sana menjadi cantik luar dan dalam.

Tetapi, dalam Flavettes Glowing Star 2019, Lynn berdepan dengan kesukaran bersama mentornya apabila dia mula sedar bahawa beliau hanya pandai menggunakan mekap untuk diri sendiri sahaja dan bukannya untuk mendandan orang lain.

PS Mansur sebagai mentor kepada Lynn berkongsi beberapa tips penting kepadanya tentang penjagaan kulit yang sihat sebagai asas kecantikan mekap.

Anda boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Latah PS Mansur mengajar Lynn untuk mengubah dirinya menjadi mekap artis sebenar.

Anisa (Bidang Perniagaan)
Anisa bidang perniagaan

Anisa adalah seorang graduan dan bekerja dalam bidang korporat tetapi dia mempunyai impian untuk menjadi seorang wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan sama seperti Neelofa dan juga Awal Ashaari.

Anisa sangat bersyukur apabila mengetahui mentor beliau dalam Flavettes 2019 adalah usahawan berjaya iaitu Awal Ashaari. Ini kerana Awal telah menerima anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh.

Sebagai mentor kepada Anisa, Awal tidak bersetuju dengan dengan strategi dalam perniagaanya, di mana beliau tidak tahu siapa pengguna produknya. Anisa telah menjual tudung dengan menggunakan teknik yang tidak kreatif.

Saksikan video Anisa dibimbing oleh Awal dengan berkongsikan beberapa teknik untuk mempromosikan produknya di radio, TV, dan media sosial. Tips yang diberikan Awal kepada Anisa sangat berguna kepada anda semua yang mempunyai impian untuk membuka perniagaan sendiri satu hari nanti.

 Rose (Bidang Sukan dan Kesihatan)
Rose sukan dan kesihatan

Rose adalah seorang wanita yang cantik dalam dan luaran tetapi beliau mempunyai karakter yang sangat pemalu. Beliau adalah seorang yang sangat ‘introvert’ tetapi sentiasa aktif dan mementingkan kesihatan. Rose bercita-cita ingin menjadi tenaga pengajar zumba suatu hari nanti.

Untuk mencapai cita-citanya itu, Rose perlu hadapi cabaran sebagai seorang yang sangat ‘introvert’. Zumba bukan hanya perlu koreografi tetapi beberapa kemahiran lain mengikut pemilihan lagu. Bukan itu sahaja, kualiti dalam pergerakan zumba adalah sangat dititikberatkan berbanding kuantiti.

Sebagai mentor, Nadia Brian berasa kecewa dengan Rose kerana beliau tidak mempunyai intonasi suara yang kuat semasa melakukan Zumba kerana sikapnya yang pemalu. Ini sangatlah penting bagi memastikan peserta yang terlibat dapat mengikut langkah yang dipersembahkan.

Bagi memberi semangat kepada Rose, Nadia membawa ibunya dan rakan-rakannya ke Flavettes Glowing Star 2019 untuk memberi sokongan dan motivasi bagi membantunya. Saksikanlah video Ros bersama mentornya.

Yusra (Bidang Bakeri)
Yusra bakeri

Yusra adalah seorang baker yang konventional, dimana beliau tidak tahu cara mempersembahkan hasil akhirnya dengan kemas dan cantik. Dato’ Fazley Yaakob perasan bahawa Yusra mempunyai sedikit kekurangan dari segi persembahan. Jadi beliau kongsikan beberapa teknik persembahan yang betul kepada Yusra untuk hidangkan makanan dan juga pencuci mulut agar nampak menarik di mata pelanggan.

Mentornya Dato’ Fazley Yaakob juga mencadangkan agar dia memberi tumpuan kepada pencuci mulut yang sihat kerana masyarakat zaman sekarang kurang kesedaran terhadap makanan sihat, dan paling penting ianya sangat berpotensi di pasaran sekarang.

Fiqa (Bidang Persembahan)

Fiqa persembahan
Fiqa adalah seorang ibu muda yang mempunyai seorang bayi berusia 2 bulan. Pada mulanya, Fiqa sudah mengalah dan ingin melepaskan impian pada zaman kanak-kanak sebagai seorang penyanyi kerana ramai memberitahunya untuk lebih fokus kepada keluarga.

Suaminya sendiri yang telah mendaftarkan Fiqa ke dalam program Flavettes Glowing Star 2019 ini untuk merealisasikan impiannya. Fiqa sangat bertuah kerana dibimbing oleh mentornya Elyana yang dikenali sebagai individu yang kuat dalam melawan kanser tetapi masih berjuang untuk meneruskan bidang nyanyian.

Elyana juga memberi inspirasi kepada semua wanita kerana kuat berjuang melawan kanser tahap 4 sehingga sekarang dengan positif. Semasa Elyana membimbing Fiqa, banyak saat-saat sedih yang dikongsikan dalam episod ini.

Tunggu apa lagi? Jom undi bidang yang memberi inspirasi impian korang dan peserta kegemaran buat kali kedua bermula 16 hingga 18 Oktober 2019 di www.gempak.com/Flavettes2019.

Peserta Flavettes 2019

Anda boleh mengundi peserta kegemaran anda dan berpeluang memenangi tiket menyaksikan 5 peserta Flavettes di Watsons Get Active Fest membuat tugasan terakhir mereka. Pada cabaran terakhir ini, para peserta akan diberikan tugasan terakhir antaranya ialah:

Watson Get Active Fest 2019

Kategori Tugasan
Peserta bidang Bakeri Menghasilkan 5 jenis pencuci mulut sihat untuk 50 VIP.
Peserta bidang solekan Mekap dan mengayakan 5 peserta dalam program ini.
Peserta bidang Sukan dan kesihatan Mengajar orang ramai berzumba selama 10 minit di atas pentas.
Perniagaan Membuat promosi Flavettes Effervescent Glow untuk memberi dana kepada WAO.
Persembahan Membuat persembahan nyanyian di hadapan orang ramai.

Jadi, jangan lupa untuk membuat undian kali kedua kepada peserta kegemaran anda dan menyaksikan sendiri 5 peserta ini membuat cabaran terakhir mereka di Watsons Get Active Fest.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments