Tidak dinafikan peminat fanatik BTS yang dikenali sebagai ARMY agak lantang bersuara. Seperti yang anda semua ketahui, pengacara popular Alif Satar dikecam teruk gara-gara tersalah sebut ketika mengacarakan rancangan Big Stage bahawa lagu Boy With Luv nyanyian BTS yang disampaikan oleh peserta, Han Byul dinyanyikan oleh lapan orang artis.
Namun, hakikatnya lagu tersebut sememangnya disampaikan oleh lapan artis iaitu 7 ahli kumpulan BTS dan kolaborasi bersama penyanyi dari Amerika Syarikat, Halsey.
Memberikan respon mengenai isu tersebut, Alif berkata peminat jangan terlalu taksub dengan artis pujaan mereka. Perkara tersebut langsung tidak ditanya para malaikat pada hari pengadilan di akhirat kelak.
Saya anggap kecaman itu melucukan. Saya tidak salah dalam situasi itu kerana lagu Boy With Luv sememangnya dinyanyikan oleh lapan orang iaitu 7 orang daripada kumpulan BTS dan kolaborasi bersama Halsey. Ada juga penyokong BTS yang menyokong saya. Tidak semuanya mengecam.
Cuma nasihat saya, jangan terlalu taksub dengan artis atau sensitif. Malaikat dalam kubur tidak tanya mengenai nama setiap ahli kumpulan. Di akhirat juga begitu.
Fuh! Padu betul kata-kata Alif tu. Tidak salah nak minat artis tapi berpada-pada lah, jangan sampai taksub sangat sehingga timbul pelbagai isu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments