Baru-baru ini pelakon Remy Ishak memuat naik kenyataan berunsurkan amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan keluarga. Ramai juga peminat yang bimbang dan tertanya-tanya bagaimana keadaan pelakon itu.
Terbaru, menerusi Live di Instagram, Remy akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar berlaku kepada dirinya. Menurut Remy, pada awalnya dia menyangka dirinya mengalami depresi kerana emosinya tergganggu sehingga rasa enggan keluar dari rumah dan melakukan perkara yang bukan-bukan termasuklah bunuh diri.
Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.
Pada masa sama, saya mengalami mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah sebab takut naik angin. Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru.
Remy turut mengakui dia mengambil beberapa jenis ubat untuk menenangkan diri. Selain itu, dia juga mendedahkan telah melalui rawatan kaedah perubatan Islam atas nasihat oleh kenalan dan keluarga yang melihat perubahan dirinya yang begitu ketara.
Keluarga saya sudah lama perasan perubahan saya dan mereka nasihatkan saya untuk berjumpa ustaz. Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.
Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya. Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang. Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang.
Dalam pada itu, Remy juga bercadang bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan secara sudut perubatan moden tentang masalah yang dialaminya.
Perbuatan sihir, antara perkara yang menunjukkan betapa buruknya perangai manusia yang tidak pernah berpuas hati akan sesuatu sehingga menggunakan cara halus untuk menganiaya seseorang yang mereka tidak suka. Mari sama-sama kita doakan agar segala urusan Remy untu berubat akan dipermudahkan dan semoga terhindar daripada perkara buruk.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments