#Hiburan: Syafie Naswip Tidak Serik Bercinta Lagi

Walaupun sebelum ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan netizen gara-gara tuduhan dia memukul bekas tunangnya, pelakon Syafie Naswip tidak pernah membuat sebarang kenyataan balas. Dia hanya menyerahkan kes tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan dan akhirnya terbukti dirinya tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.

syafie naswip

Selama ini, saya hanya berdiam diri dan mengikut sahaja aliran hidup tanpa memberi sebarang kenyataan balas. Sedangkan saya boleh sahaja berbuat demikian, apatah lagi ketika itu saya dihentam teruk.

Tetapi saya anggap, berbalas kenyataan takkan memberikan pengakhiran yang baik. Alhamdulillah, pendekatan saya betul dan saya percaya, jika berada di pihak benar, satu hari nanti orang akan tahu juga.

syafie naswip

Meskipun melalui episod duka putus tunang sehingga dihimpit kontroversi yang menjejaskan namanya, Syafie bagaimanapun tidak serik untuk bercinta lagi.

Saya anggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai ujian. Kalau belum mampu menerima takdir yang berlaku, tidak mungkin saya dapat memberikan kenyataan seperti sekarang. Ia satu fasa kehidupan untuk menjadi lebih matang.

syafie naswip

Apa yang berlaku juga ada hikmahnya. Saya tidak menolak untuk menjalinkan hubungan baharu, tetapi dalam apa juga perkara, kita perlu melebihkan mak dan ayah.

Terdahulu, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes mendatangkan kecederaan dan mengugut bekas tunangnya juga pelakon, Aishah Azman adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments