Umum mengetahui bahawa Syatilla Melvin dan adik-beradik perempuannya yang lain telah mengeluarkan produk kecantikan di bawah nama mereka sendiri iaitu Kekasih. Walaupun baru sahaja dilancarkan, kesemua produk yang ditawarkan telah mendapat sambutan yang hangat daripada peminat dan orang ramai.
Namun begitu, mesti ada sahaja yang busuk hati dan cuba untuk menabur pasir ke dalam periuk nasi pelakon wanita itu. Menurut entri di laman Instagram Syatilla, ada individu yang menuduh produk kecantikannya itu mengandungi merkuri tanpa memberikan bukti yang sahih.
Berang dengan tuduhan itu, Syatilla telah ‘mengamuk’ dan mahukan permohonan maaf secara terbuka daripada individu itu. Kalau tak mohon maaf, tunjukkan bukti bahawa produk keluarannya itu mengandungi bahan terlarang. Dia juga mengugut akan melaporkan kes itu kepada polis. Marah betul!
Walaubagaimanapun, tak sampai satu jam Syatilla memuat naik amaran itu, individu itu telah tampil dan memuat naik permohonan maaf secara terbuka. Mungkin juga kerana takut dengan ugutan yang dibuat oleh pelakon wanita itu.
Syatilla telah pun menerima permohonan maaf itu siap memerli individu tersebut dengan menggunakan hashtag #takotmukakenasagatlettew. Dia juga berharap agar insiden seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
Kalau nak buat tuduhan pun, pastikan ada bukti yang kukuh, Takut termalu sendiri nanti.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments