Entah apa yang terbuku didalam hati penyanyi Adira Suhaimi sehingga dia nekad mahu bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red. Bagaimanapun, Adira enggan mendedahkan punca sebenar dia ingin berpisah. Difahamkan, Adira memfailkan perceraian tersebut pada April lalu.
Saya dah failkan agak lama tapi terpaksa tangguh sebab hamil dan menunggu kelahiran puteri ketiga.
Hari ini saya nekad teruskan juga meskipun sepanjang proses bersama kami mencuba untuk berbaik semula. Saya teruskan sebab mengambil kira apa yang terbaik untuk diri saya dan anak.
Pada masa yang sama, Adira juga tidak mahu memberikan sebarang komen apabila suaminya berkata dia akan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.
Saya tak tahu nak rasa apa sekarang ini mungkin dia ada perasaan bersalah dalam diri sekarang. Kalau ada Alhamdulillah namun bagi saya sendiri pun tak tahu apa yang akan berlaku andai kami berbaik semula.
Namun apa penting adalah untuk pegang pendirian saya yang tetap mahu meneruskan perceraian. Jika dia nak usaha lebih-lebih saya tak tahu nak jawab.
Sejak beberapa bulan lalu, gosip pergolakan rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat, namun kedua-duanya menafikan perkara itu. Malah, sehari sebelum prosiding di mahkamah berlangsung, Datuk Red tetap berkata hubungan mereka suami isteri masih baik, berita mereka ingin bercerai cuma khabar angin sahaja.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments