Pelakon Intan Najuwa baru-baru ini dikecam teruk seakan “mudah” membiarkan dirinya disentuh lelaki lain apabila foto mesranya berpelukan dengan Zul Ariffin viral di media sosial. Rata-rata netizen juga berkata aksi itu agak tidak manis apatah lagi dia sudah bergelar tunangan orang tetapi kata Intan dia masih tahu menjaga batasnya.
Bagaimanapun, kenyataan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis menerusi Insta Story mendapat perhatian ramai. Dia meluahkan rasa kecewa merujuk kepada kontroversi yang terpalit terhadap Intan dan seakan memberikan bayangan seolah pelakon wanita itu tidak menghormati dirinya sebagai tunang.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments