#Hiburan: Jadi Lelaki Sejati – Isteri Kedua Minta Amar Asyraf Tunaikan Tanggungjawab

Semua lelaki, bila ditanya memang teringin untuk berkahwin lebih daripada seorang. Namun, tidak semua mampu berlaku adil dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik. Begitulah nampaknya dalam isu kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf.

Kini isteri keduanya, Vivi Jeffry meminta Amar menjadi seorang lelaki sejati bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka. Bukan berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan, wanita itu cuma mahu suaminya mengetepikan segala ego dan masalah yang dihadapi demi anak mereka yang memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa.

amar asyrafisteri kedua amar asyraf

Menurut Vivi, dia juga sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada rumah tangga mereka selepas ini.

isteri kedua amar asyrafamar asyrafamar asyraf

Terdahulu, selepas beberapa tahun berkahwin dengan Amar, buat pertama kali Vivi tampil mendedahkan identitinya kepada umum. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Vivi berkata dia merahsiakan perkara itu kerana ingin menjaga aib suaminya dan keluarga serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Kemelut rumah tangga Amar mula hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktor itu sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments