#Hiburan: Dikecam Masih Seksi, Nabila Huda Tampil Pertahankan Sharifah Sakinah

Penampilan pelakon Sharifah Sakinah sering dikritik terlalu seksi dan terdedah. Ramai yang meminta dia berpakaian lebih sopan, namun dia sedikit pun tidak pernah kisah dengan persepsi orang lain dan terus menggayakan fesyen glamor.

sharifah sakinah mufti

Baru-baru ini Sakinah menerusi akaun Instagramnya sempat berkongsi pengalamannya bertemu dengan pendakwah Hubabah Huda Al-Jailani. Mereka berbicara mengenai beberapa topik termasuklah mengenai aurat dan akhlak.

Sakinah mengakui ia adalah momen yang cukup bermakna buat dirinya kerana pendekatan pendakwah itu berbeza dan cukup berinspirasi.

sharifah sakinah seksi

Bagaimanapun, ada netizen yang mengecam Sakinah masih lagi memuat naik beberapa foto seksi.

“Masih post seksi, inspired tapi masih

sama tak guna juga”

sharifah sakinah dikecam seksi

Nabila Huda tampil pertahankan

Sakinah

nabila huda pertahankan sharifah sakinahBerang dengan komen melampau netizen, pelakon Nabila Huda tampil mempertahankan rakan baiknya itu. Tidak adil untuk terus menjatuhkan hukum  sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna, berhenti jaga tepi kain orang.

Terdahulu, Sakinah berkata dia sedikit pun tidak ambil pusing dengan kecaman netizen. Biarlah apa orang hendak kata asalkan dirinya tidak hipokrit dan selesa dengan imejnya Dia juga meminta agar netizen berhenti mengajar wanita bagaimana cara untuk berpakaian. Biarlah seseorang wanita itu bebas menggayakan apa sahaja yang mereka mahu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments