Sejak tampil dengan imej baru, apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon Emma Maembong pasti akan menjadi perhatian ramai. Ada yang memuji dia bertambah cantik dan fesyen yang digayakan juga menarik.
Namun, perkongsian gambar Emma di Instagram mengundang kritikan. Rata-rata netizen mempertikaikan mengapa dia memakai loket namanya dalam tulisan Jawi sedangkan dia tidak menutup aurat.
Agak tidak manis dipandang dan boleh menimbulkan salah faham jika ada orang bukan Islam mengaitkannya dengan kalimah Al-Quran.
“Dedah aurat tapi pakai loket tulisan
Jawi”
Rasanya perkara ini tidak perlu dijadikan isu besar, jangan cepat mengkritik orang lain jika kita sendiri tidak pasti hukum memakai loket Jawi sebagai perhiasan. Lebih baik merujuk kepada mereka yang lebih arif dan berilmu dalam bab agama. Apa pula pendapat anda?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments