#Hiburan: Lufya Omar Fail Cerai, Kesal Suami Tidak Hadir Ke Mahkamah

Berani kerana benar dan sudah memfailkan permohonan cerai pada bulan lalu, pelakon dan penyanyi Lufya Omar terkilan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz yang seakan mahu melengahkan lagi kemelut rumah tangga mereka apabila tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pagi tadi, walaupun sudah diberi notis awal untuk hadir ke mahkamah.

lufya omar cerai

Sudah lama memendam perasaan dan bersabar, Lufya berkata dia enggan lagi meneruskan perkahwinan yang disifatkan penuh negatif dan toksik.

Terkilan sebab perkara ini boleh diselesai dan ‘disembuhkan’ dengan cepat. Ia bukan membabitkan soal saya dan dia sahaja, tetapi anak kami juga. Saya kena sembuh daripada kesakitan ini. Selama ini, saya seperti didera jiwa. Siapa yang kahwin nak bercerai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya. Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ini.

lufya omar fail cerai

Dalam pada itu, Lufya juga berkata dia bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan selepas suaminya itu membuat laporan polis terhadapnya.

Saya berani kerana benar. Hendak saman atau apa-apa sekali pun saya bersedia.

lufya omar failkan cerai

Dalam prosiding itu, peguam syarie, Fadhlina Siddiq yang mewakili Lufya memaklumkan saman kepada defendan diserahkan di tempat kerjanya di Jempol, Negeri Sembilan pada 7 Oktober lalu. Lufya selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Hakim syarie, Shukran Yusof menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

lufya omar cerai

Terdahulu, krisis rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : NSTP/Faiz Anuar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments