#Hiburan: Ruhainies Dedah Kekasih Sudah Sedia Untuk Berkahwin, Bakal Dilamar Dalam Masa Terdekat

Siapa yang tidak tahu dengan kisah cinta pelakon Ruhainies dan Mr E. Betapa bertuahnya dia mendapat seorang kekasih yang romantik dan sering memanjakannya penuh dengan kasih sayang.

ruhainies

Hati Ruhainies semakin berbunga apabila kekasihnya menyuarakan hasrat untuk melamarnya sebagai isteri dalam masa terdekat dan menunggu waktu sesuai. Bagaimanapun, mereka tidak tergesa-gesa untuk berkahwin dan memberikan ruang kepada kakaknya, Risteena Munim untuk bernikah terlebih dahulu.

Si dia okay sahaja bila nak kahwin, dia sendiri pernah cakap kalau boleh cepat-cepat kahwin dan tak mahu tangguh. Tapi saya minta masa sebab tak ada apa yang nak dikejar dan ada perkara yang harus diselesaikan dulu.

ruhainies kahwin

Sekarang ini dia hanya menunggu keputusan saya, kalau semua dah okay dan saya sudah bersedia, dia akan teruskan bila-bila masa sahaja. Lagi satu, saya nak tunggu Risteena naik pelamin dulu, tak mahu langkah bendul.

Apa-apa pun ia berbalik kepada jodoh. Kalau ditakdirkan saya kahwin dulu sebelum Risteena, saya terima sahaja.

ruhainiesKata orang, kalau benda yang baik elok dipercepatkan, lagipun Ruhainies dan kekasih sudah begitu mesra bersama dan saling mencintai. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Apa-apa pun, kami doakan agar mereka berjodohan sehingga ke jenjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu pula.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments