Hangat diperkatakan mengenai isu luahan ibu Sufi Rashid mendakwa dirinya diperlakukan seperti penjenayah sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anaknya itu. Ada pihak didakwa cuba menghalangnya dan adik-beradik Sufi untuk hadir ke majlis tersebut.
Bukan itu sahaja, ibu Sufi turut kesal dengan perangai menantunya yang dikatakan bersikap kurang ajar dan tidak mengendahkannya. Malah, sengaja turun dari pelamin ketika dia bersalaman dengan anaknya.
Sudah lama memendam perasaan, akhirnya Sufi tampil memberikan penjelasan sebenar disebalik apa yang berlaku antara ibu dan isterinya itu.
Isteri bukan biadab dan melarikan diri
tetapi enggan keruhkan keadaan
Sufi tampil mempertahankan tindakan isterinya yang meninggalkan pelamin. Bukan berniat untuk bersikap biadab ataupun melarikan diri, tetapi enggan keruhkan keadaan.
Menurut Sufi, isterinya menangis dan keadaan badannya menggeletar sewaktu menanti ketibaan ibunya naik ke atas pelamin. Bukan disebabkan rasa takut, tetapi terlalu banyak perasaan yang dipendam atas tindakan yang diberikan kepadanya.
Sufi pada masa yang sama berharap agar netizen berhenti mencetuskan spekulasi dan mengecam mengenai isu tersebut. Setiap kecaman yang dilemparkan netizen melukakan hati ibu serta keluarga mentuanya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments