Berikutan viral video isteri penyanyi Sufi Rashid yang dilihat seakan mahu melarikan diri ketika ketibaan ibu mentuanya di atas pelamin, wanita itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehingga ada yang melabelkannya menantu kurang ajar.
Hilang sabar dengan netizen yang teruk mengutuknya, Sufi memberitahu isterinya Nurulain Md Yusof sudah pun membuat laporan polis terhadap beberapa netizen yang melemparkan komen-komen cacian terhadapnya.
Laporan polis sudah dibuat cuma saya memilih untuk tidak berkongsi di media sosial berkenaan dengan butiran individu terbabit. Sebaik-baiknya, hal peribadi seperti ini biarlah kami sekeluarga sahaja yang tahu.
Dalam pada itu, Sufi menjelaskan tindakan undang-undang yang diambil bukan bermakna mereka merasa takut tetapi untuk memberikan pengajaran kepada netizen agar tidak mudah mengecam orang lain dan menjaga pertuturan mereka di media sosial. Menurut Sufi, selepas laporan polis dibuat, ramai netizen tampil memohon maaf.
Saya kongsikan di media sosial kerana nak ingatkan masyarakat untuk menjaga percakapan mereka. Kalau nak kecam-kecam pun, ada tahapnya. Janganlah sampai teruk sangat.
Alhamdulillah, lepas post pasal laporan polis itu ramai yang minta maaf. Bukannya harapkan maaf ataupun apa-apa cumanya saya sekeluarga hanyalah manusia yang tak lari daripada kesilapan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments