Beberapa bulan lalu, kecoh dengan kontroversi putus tunang antara pelakon Aishah Azman dan Syafie Naswip. Pelbagai dakwaan timbul termasuk tuduhan mengatakan Syafie telah bertindak kasar terhadap bekas tunangnya sehinggakan wanita itu mengalami kecederaan.
Aishah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berkaitan kes tersebut. Pada masa itu ramai yang menunding jari terhadap Syafie sehingga akor itu dikecam teruk.
Menrusi laporan terkini, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan sekaligus membuktikan Syafie tidak bersalah.
Ramai yang ingin tahu apakah reaksi Aishah selepas mendapat tahu berita tersebut. Bagaimanapun, dia enggan memberikan komen lanjut mengenainya.
Sorry, I’m not interested.
Terdahulu, dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu. Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana ketika itu dia baru putus tunang dengan Aishah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments