#Hiburan: Sepatutnya Nikah Di Thailand Minggu Depan, Tak Sangka Dia Ada Dua Isteri – Skandal Amar Asyraf

Setelah sekian lama menyepi, nama pelakon Amar Asyraf tiba-tiba kembali menjadi hangat apabila seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman tampil mendakwa dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktor tersebut sejak September tahun lalu. Ellika menceritakan setiap butiran detik perkenalan mereka sehinggalah perancangan untuk berkahwin.

amar asyraf

Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui Amar mempunyai dua orang isteri.

 

Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya. Bagimanapun, minggu lepas Allah tunjukkan kebenaran apabila saya mendapat tahu yang isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak. Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga!

 

Ellika mengakui kesilapannya bercinta dengan Amar yang berstatus suami orang dan dia rela membuka aib sendiri kerana mahu aktor itu bertanggungjawab ke atas isteri kedua dan anaknya yang baru lahir.

Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka. Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.

amar asyraf kahwin lagi

Namun, apa yang membuatkan saya lebih geram dan tampil mendedahkan perkara ini kerana dia tidak jujur dan tidak bertanggungjawab terhadap isteri kedua dan anak mereka. Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya!

Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu.

Terdahulu, Ellika menerusi akaun Instagram, turut mendedahkan beberapa gambar dan video mesra bersama Amar. Dia bertindak mendedahkan perkara itu supaya wanita lain di luar sana tidak mudah tertipu dengan godaan dan ayat manis lelaki itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments