Nampaknya isu mengenai rumah tangga bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Muhammad V masih belum berkesudahan lagi.
Rihana mendakwa terpaksa menjual cincin rekaan Jacob Arabo iaitu sama seperti dipakai oleh Victoria Beckham tiga kali kurang daripada nilai asalnya.
Rihana nafi jual cincin perkahwinan
Namun, menerusi komen terbarunya di Instagram, Rihan menafikan telah menjual cincin perkahwinannya seperti yang didakwa. Rihana menjawab pertanyaan daripada beberapa netizen yang mempersoalkan bagaimana beliau masih mampu hidup mewah dan bercuti di Paris.
Menurut Rihana, dakwaan itu hanya khabar angin sahaja dan beliau tidak pernah memberikan kenyataan sahih kepada mana-mana pihak media.
Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengetahui mengenai perceraian mereka hanya melalui internet. Rihana juga telah menuntut sebuah rumah agam bernilai RM41.2 juta dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah RM123,694 sebulan. Malah, beliau juga berkata akan mendedahkan wajah anaknya Tengku Ismail Leon Petra tidak lama lagi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments