Pelakon Rita Rudaini sebelum ini bertegas untuk mengambil tindakan terhadap individu yang meninggalkan komen berunsur fitnah ke atas dirinya dan anak-anak. Semalam, kedua-dua lelaki yang meninggalkan komen melampau itu telah bersemuka dengan Rita di Balai Polis Mutiara Damansara untuk tampil memohon maaf secara terbuka.
Apa yang berlaku merupakan satu perkara yang serius dan Rita meluahkan rasa terkilan terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan yang langsung tidak mengambil tahu mengenai isu fitnah berkenaan dan sebaliknya hanya Rita sahaja yang berusaha mendapatkan keadilan serta mempertahankan maruah anak-anak mereka.
Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya.
Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya. Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak. Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?
Terdahulu, Rita telah membuat laporan polis terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah, mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya. Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen yang ditulis oleh individu berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga serta enggan mana-mana pihak dengan sesuka hati menghina anak-anaknya.
Secara amnya, perceraian hanya memisahkan pasangan suami isteri sahaja tetapi bukannya memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka. Walaupun sudah bercerai, tanggungjawab terhadap anak-anak harus dilaksanakan dan berikanlah kasih sayang terhadap mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments