Pergolakkan rumah tangga pelakon dan penyanyi Lufya Omar masih belum reda. Baru-baru ini, suaminya Dr Che Muhammad Hafiz dilihat seakan menyindir tindakan isterinya itu yang sering ke kelas agama agar tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.
Mempelajari agama adalah bertujuan untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan bukan untuk menutup keburukan diri sendiri. Harus mempunyai hati yang tulus ikhlas.
Sindiran itu berkaitan dengan video dimana Lufya menerusi akaun Instagramnya berkongsi video dia bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Pada masa yang sama, dia juga ada berkongsi mengenai tip berkaitan masalah rumah tangga selepas ditanya oleh peminat.
Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments