Tanggal 3 Oktober 2019 adalah tarikh yang amat bermakna buat Christy Ng. Jenama yang amat popular dengan rekaan kasut menarik serta beg tangan yang memukau ini telah pun membuka cawangan kedainya yang ke 7 di Sunway Pyramid. Untuk makluman, ini merupakan cawangan terbesar Christy Ng di seluruh Malaysia. Jutaan tahniah diucapkan!!!
Abang Nara sempat menghadirkan diri untuk melihat sendiri pembukaan kedai terbaru Christy Ng yang penuh bersejarah ini. Fuh!!! Ramai sungguh yang hadir. Penuh satu kedai dibuatnya.
Sudah tentu mereka yang hadir masing-masing tidak melepaskan peluang untuk ber”shopping” sakan di cawangan terbaru Christy Ng yang bertempat di Sunway Pyramid ini. Mana tidaknya, diskaun 15% diberikan untuk kesemua produk yang ada di dalam kedai tersebut. Fuh!!! Banyak tue 15%. Inilah masa terbaik untuk borong kasut dan beg tangan Christy Ng yang diidamkan-idamkan selama ini.
Diskaun 15% sehingga 6 Oktober (Ahad)
Sebagai tanda penghargaan buat anda yang telah kuat menyokong Christy Ng selama ini, diskaun sebanyak 15% ini akan diteruskan sehingga 6 Oktober 2019 (Ahad) ini. Diskaun ini hanya sah untuk pembelian kesemua produk yang dijual di cawangan Sunway Pyramid sahaja. Banyak tue 15%. Memang boleh jimat kaw-kaw. Bolehlah tampil lebih bergaya dengan kasut dan beg tangan Christy Ng selepas ini.
Nasihat Abang Nara, pastikan korang ushar dulu apa yang ingin dibeli di www.christyng.com sebelum pergi ke Sunway Pyramid. Barulah lebih mudah, cepat dan pantas masa nak membeli nanti. Apa-apa pun jangan lupa untuk ke Sunway Pyramid hujung minggu dan shopping sepuas hati di cawangan terbaru Christy Ng. Alamat penuhnya ialah di G1.106, Ground Floor, Sunway Pyramid. Selamat membeli-belah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments