#Hiburan: “Cik B Rasa Rendah Diri”- Dato’ Vida Buka Mulut Isu Kecaman Gambar Anaknya Jadi ‘Cover’ Majalah

Walaupun selalunya Cik B lebih gemarkan gaya ringkas dan santai, tetapi dia cuba membawa kelainan dengan tampil bergaya dengan solekan tebal sebagai model untuk kulit muka majalah Remaja edisi terbaru ini.

Rata-rata netizen juga telah memuji penampilan anak perempuan Dato’ Seri Vida itu yang keluar daripada zon selesanya. Namun begitu, ada sahaja mulut sumbang dan tidak sensitif yang telah mengata rupa Cik B untuk penggambaran itu.

cik b dikutuk netizen kerana solekan tebal

cik b dikutuk netizen kenakan solekan tebal

Selepas menerima kritikan melampau, Dato’ Seri Vida telah tampil dan menceritakan bahawa anaknya kini berasa rendah diri dan tidak bersemangat selepas foto tersebut dipersendakan ramai orang.

 

Kecaman, cacian dan makian yang dilemparkan kepada Cik B.
Ramai yang mengata Cik B, buatkan Cik B rasa rendah diri, tak semangat, suka menyendiri dan buat hal sendiri.

Rintihan itu telah dikongsikan oleh Dato’ Seri Vida di laman Instagramnya. Ibu mana yang tak sedih apabila anaknya dicaci dan dihina kan?

Sumber: Instagram


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments