Kecoh beberapa bulan lalu mengenai berita putus tunang pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman. Timbul pelbagai kontroversi mengenainya termasuklah dakwaan mengatakan Syafie bertindak kasar terhadap bekas tunangnya sehingga mendatangkan kecederaan.
Selepas ditahan reman oleh pihak polis dan Syafie turut memberikan kerjasama yang baik untuk siasatan lanjut mengenai kes tersebut, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.
Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib. Sekurang-kurangnya ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua.
Betullah pesan dan ingatan Mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa. Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat.
Perkara itu juga disahkan oleh peguam Syafie, iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah daripada Ashraff Al-Hizan & Associates.
Alhamdulillah pihak polis yang menyiasat kes berkenaan aduan yang dibuat oleh bekas tunang Syafie telah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis bahawa siasatan telah pun dijalankan dan hasil siasatan tersebut telah dibawa kepada pendakwaraya.
Pihak pendakwaraya kemudiannya telah meneliti kertas siasatan tersebut dan telah membuat arahan agar Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action) ke atas kes ini memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk menuduh Syafie berkenaan aduan tersebut.
Terdahulu, menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh Aishah, dia mendakwa Syafie memukulnya dan juga mempunyai hubungan songsang.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments