Aksi spontan penyanyi Neeta Manisha dan Han Byul berpelukan selepas pengumuman pemenang Big Stage 2 menjadi bualan hangat di media sosial.
Rata-rata netizen kurang senang melihat aksi mereka yang disifatkan tidak sopan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum apatah lagi menerusi program yang disiarkan secara langsung.
Enggan orang ramai terus salah faham, Neeta menjelaskan dia dan Han Byul bukan beragama Islam dan hubungan mereka agak rapat. Untuk pengetahuan anda, Neeta sebenarnya berdarah kacukan Cina dan India.
Saya ingin jelaskan kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, berpeluk itu bukan saya nak kata salah atau betul. Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan?
Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.
Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton.
Itulah netizen ini cepat sangat melatah tanpa mengetahui perkara sebenar. Nak tegur itu tidak salah tetapi biarlah dengan cara yang berhemah. Harapnya dengan penjelasan Neeta ini, tiada lagi pihak yang akan mengecamnya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments