Selepas beberapa tahun hidup bersendirian, bergelar seorang ibu tunggal, akhirnya penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah selamat dirisik oleh kekasihnya dalam satu majlis yang berlangsung secara kecil-kecilan pada Sabtu lalu. Hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan diadakan di kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Merasa terharu kali pertama merasai pengalaman merisik, Elly berterima kasih kepada bakal suaminya dan keluarga yang menerima dirinya seadanya.
Meskipun acara ini lebih kepada adat, saya dapat rasakan diri ini dihargai kerana belum pernah merasai pengalaman itu.
Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan dan ia memberi ruang kepada keluarga saya serta bakal suami untuk berkenalan dengan lebih dekat. Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada bakal suami dan keluarganya kerana menerima saya seadanya.
Bagaimanapun, buat masa ini Elly masih belum bersedia berkongsi identiti bakal suaminya yang dikenali sebagai Azlan. Apa-apa pun, kami doakan urusan mereka ke jenjang pelamin dipermudahkan. Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Elly.
Beberapa foto sekitar majlis merisik Elly Mazlein dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sumber Berita : BH ONLINE Kredit Foto : White View Moment Photography
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments