#Hiburan: Rita Rudaini Saman Netizen Biadab Persoal Sah Taraf Anak

Sebelum ini beberapa selebriti telah meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memberikan komen melampau seperti pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tindakan menyaman netizen kurang ajar menghina fizikal rupa anaknya. Kali ini, Rita Rudaini turut melakukan perkara yang sama.

rita rudaini saman netizen

Rita telah membuat laporan polis terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah, mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya.

Laporan polis dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau! Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

rita rudaini saman netizen

Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku.

netizen persoal status sah taraf anak-anak rita rudainiMenurut peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan, tempoh selama 14 hari akan diberikan kepada individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments