#Hiburan: (TAHNIAH) Hafreez Adam & Zara Zya Selamat Bertunang

Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya yang telah pun selamat bertunang semalam dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor.

hafreez adam zara zya

Hafreez bekata mereka tidak berniat untuk menyembunyikan majlis tersebut tetapi diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga.

Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berlangsung jam 3 petang  dan selesai sekitar jam 6 petang. Mengikut perbincangan keluarga, kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober, tahun depan. Oktober dipilih sempena bulan kelahiran Zara, tetapi ia mungkin dipercepatkan jika semua urusan berjalan lancar. Kalau boleh, kami tidak mahu melengahkan perkara baik.

hafreez adam zara zya bertunangzara zya bertunang

Jika diikutkan, kami sebenarnya tidak mahu bertunang, namun ia dibuat bagi menghormati permintaan keluarga, terutama saudara jauh yang mahu mengenali saya dan bakal isteri dengan lebih dekat.

Terdahulu, keluarga Hafreez datang merisik Zara pada 8 September lalu. Pasangan ini mula menjadi rapat dan bercinta pada 2017 ketika melakonkan drama bersiri Mona Lisa.

zara zya hafreez adam tunangSemoga dengan pertunangan ini hubungan mereka berdua akan dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat mereka. Tahniah sekali lagi buat Hafreez dan Zara.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Syafieq Ayman


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments