Lama juga kita tidak dengar sebarang perkembangan terbaru mengenai pelakon Amar Asyraf, jarang juga kita lihat lakonanya di kaca televisyen. Namun, namanya kembali hangat diperkatakan selepas seorang wanita mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Amar sejak September tahun lalu.
Umum mengetahui Amar sudah mendirikan rumah tangga tetapi tidak ramai yang tahu dia sebenarnya mempunyai dua orang isteri. Fuh!
Menurut wanita itu, dia tahu status Amar yang bergelar suami orang, tetapi pelakon lelaki itu sungguh pandai memikat dan menabur janji manis sehingga akhirnya wanita itu jatuh hati.
Hubungan mereka semakin serius dan Ammar pernah bertemu dengan keluarga wanita tersebut memohon restu untuk bernikah.
“Pendedahan bukan untuk
kepentingan diri tetapi tidak mahu
perempuan lain jadi mangsa”
Bukti hubungan cinta mereka
“Akhirnya ada juga yang berani buka cerita
‘playboy’ ni”
“Tak sangka Amar Asyraf macam tu,
muka nampak baik”
Betul-betul mengejutkan juga pendedahan tentang Amar, bukan sahaja soal ingin berkahwin lagi tetapi dakwaan dia gagal menjadi seorang suami yang bertanggungjawab. Apa-apa pun,harapnya Amar dapat tampil memberikan penjelasan sebelum lebih banyak spekulasi liar tercetus.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments