Memiliki seutas jam tangan pintar (smartwatch) sudah menjadi satu keperluan di zaman serba moden ini. Antara yang boleh dilakukan dengan seutas smartwatch ialah memeriksa degupan jantung, memantau kualiti tidur, membaca mesej yang dihantar ke telefon, serta mengira pembakaran kalori ketika bersenam. Sekiranya anda bercadang untuk menjadi seorang pemilik smartwatch, pilihan TERBAIK di pasaran sekarang tidak lain tidak bukan ialah HUAWEI GT 2.
Apa yang hebat sangat tentang HUAWEI GT 2 ini sehingga ia dianggap sebagai pilihan TERBAIK untuk mereka yang ingin menggunakan seutas jam tangan pintar? Ha, jom baca!!!
Bateri mampu bertahan selama 2 minggu
Salah satu kelemahan smartwatch yang menjengkelkan para penggunanya ialah terpaksa melakukan pengecasan setiap hari kerana bateri yang tidak mampu bertahan lama. Dengan HUAWEI GT2, anda dah tak perlu risau lagi tentang masalah ini. Ini kerana HUAWEI GT 2 mampu bertahan selama 2 minggu walaupun anda menghidupkan fungsi “heart rate monitoring” dan bersenam selama 90 minit setiap minggu. Bateri yang tahan lama ini berjaya diperolehi kerana HUAWEI GT 2 dijana dengan Kirin A1, rekaan chipset berganda (double chipset architecture ) dan teknologi penjimatan tenaga yang terkini.
Pilihan rekaan yang memukau
Mempunyai 2 pilihan saiz iaitu dan 42mm, HUAWEI GT 2 direka secara minimalist dan mempunyai rekaan ultra slim beserta paparan melengkung yang dijana dengan skrin 1.39 inci AMOLED. Ada 3 edisi untuk dipilih iaitu Sports Edition, Classic Edition dan Elite Edition, berat jam tangan pintar ini hanya 29 gram sahaja. Rekaannya semua cantik-cantik belaka. Sekali tengok, memang jatuh cinta terus.
Sports Mode & Pemantau Kesihatan Anda
Sekiranya anda seorang yang suka bersenam dan mementingkan kesihatan, maka HUAWEI GT 2 adalah jam tangan pintar yang wajib anda miliki. Anda boleh memantau degupan jantung, kualiti tidur, tekanan serta stress dan memberikan anda peringatan untuk bersenam selepas seharian duduk di kerusi pejabat. Selain itu anda juga boleh berenang bersama HUAWEI GT 2 dan ia akan mengira jarak, jumlah stroke, membaca posisi renangan anda dan banyak lagi. Untuk makluman, HUAWEI GT 2 adalah kalis air dan kalis debu. Hebat kan?
Pembantu Peribadi Harian Anda
Dengan kecanggihan teknologi Bluetooth di dalamnya, HUAWEI GT 2 membolehkan anda menjawab panggilan telefon ketika anda sedang melakukan apa jua aktiviti. Selain itu anda juga boleh mendengar muzik melaluinya, mengetahui status cuaca terkini, membaca mesej dan macam-macam lagilah. Senang kata, HUAWEI GT 2 ini adalah jam tangan yang pasti akan membuatkan hidup seharian anda menjadi lebih mudah.
Ini Peluang Anda Untuk Miliki HUAWEI GT 2
Bersempena dengan pelancarannya di Malaysia, HUAWEI telah berbesar hati untuk memberikan pembaca BeautifulNara peluang untuk mencuba kehebatan HUAWEI GT 2 ini. Anda hanya perlu pergi ke pautan Facebook di bawah dan berikan komen “#HuaweiWatchGT2MY adalah smart watch terbaik di pasaran kerana… “. 2 pembaca bertuah yang terpilih akan berpeluang menggunakan Huawei Watch GT 2 selama 4 hari dan merakamkan/berkongsi aktiviti harian mereka di instagram masing-masing. Salah seorang daripada mereka yang memulangkan jam Huawei Watch GT 2 selepas 4 hari dengan baki bateri yang tertinggi akan dipilih sebagai pemenang dan akan menjadi pemilik seutas HUAWEI Watch GT 2!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments