#Hiburan: Sedih Pun Tak Guna, Buat Terbaik Teruskan Hidup – Sharnaaz Ahmad

Sedang berhadapan saat gusar dimana rumah tangganya berantakan, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun enggan terus membiarkan dirinya dihimpit kesedihan.

sharnaaz ahmad

Menjawab soalan netizen yang bertanyakan bagaimana dia masih mampu terus kuat dan tersenyum walaupun dilanda dugaan yang berat, Sharnaaz dilihat memberikan reaksi positif dengan mengatakan tidak berguna untuk sentiasa bersedih dan dia hanya mahu lakukan yang terbaik dalam hidupnya.

sharnaaz ahmad sharnaaz ahmad

Sedih pun tak guna. Baik buat terbaik untuk terus hidup dan bahagia dengan masa hadapan.

sharnaaz ahmad noor nabilaTerdahulu, kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz dan Noor Nabila  memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Menurut Sharnaaz, tindakannya memfailkan nusyuz itu kerana ingin memperbetulkan segala spekulasi hangat yang melanda rumah tangganya.

Sumber Berita : Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments