#Hiburan: Raja Ilya Dikecam Muat Naik Video Dalam Bilik Air

Sejak mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, pelakon Raja Ilya kelihatan sangat bahagia, semakin berseri-seri dan cantik. Malah, dia juga tidak segan untuk berkongsi momen intim dan bersama suami tercinta.

raja ilya mandi dalam bilik air

Pernah dikecam kerana berkongsi video momen mesra bersama suami di atas katil,  nama Raja Ilya sekali lagi hangat diperkatakan selepas memuat naik video ketika mandi sambil mencuci rambutnya dalam bilik air.

Menerusi video tersebut, pelakon itu memakai baju tidur sambil mencuci rambut di bawah pancuran air membasahi tubuhnya.

 

 

Video itun mencetuskan kontroversi, rata-rata netizen menganggap aksi itu tidak sopan meskipun ia bertujuan untuk mempromosikan produk. Lebih teruk lagi, ada juga yang meninggalkan komen berbaur lucah.

raja ilyaraja ilya raja ilya dikecam muat naik video mandi dalam bilik airraja ilyaTidak salah untuk mempromosikan produk tetapi harus juga menjaga batasan agar tidak mengundang fitnah. Kenalah jaga nilai eksklusif diri.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments