Kecoh dengan kontroversi dimana ibu penyanyi Sufi Rashid iaitu Irma Suriani Mahmud mendakwa dirinya diperlakukan seperti penjenayah ketika majlis perkahwinan anaknya dan kesal dengan sikap menantunya yang dilihat menerusi satu video seakan mahu melarikan diri ketika ketibaan ibu mentuanya di atas pelamin.
Teruk dikecam netizen gara-gara isu tersebut, isteri Sufi, Nurulain Md Yusof mendedahkan dia bakal membuat laporan polis terhadap beberapa netizen yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya.
Menurut Ain, tindakan itu diambil bukan kerana dia merasa takut tetapi sudah hilang sabar dengan netizen yang terus mengutuknya.
Ain sudah pun ‘screenshot’ beberapa komen cacian yang telah dilemparkan netizen terhadapnya sebagai bahan bukti untuk diserahkan kepada pihak polis.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments