Teka-teki mengenai status perkahwinan pelakon Natasha Hudson akhirnya terjawab apabila dia baru-baru ini mengakui sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Noor Nashriq Sekanor selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga. Pada luarannya mungkin Natasha dan bekas suami tampak bahagia tetapi tiada siapa tahu penderitaan yang ditanggung olehnya.
Menurut Natasha, perkahwinannya penuh dengan kedukaan dan masalah sudah mula timbul sejak hari pertama pernikahan. Segala penderitaan bertambah perit apabila Natasha turut mendedahkan dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
Hanya sedikit kebahagiaan yang dikecapi sepanjang berkahwin, selebihnya penuh dengan penderitaan. Sebenarnya, pada hari pertama perkahwinan lagi rumah tangga kami sudah mula bermasalah.
Justeru, saya redha dengan kehilangan dua kehamilan itu kerana percaya dengan perancangan dan ketentuan Allah SWT.
Natasha turut terhalang dari bertemu dengan anak-anaknya memandangkan dia ketika itu mengikut bekas suami menetap di Kelantan. Perkara itu menyebabkan hubungannya dan anak-anak sedikit renggang serta kurang kasih sayang.
Bila saya tidak bahagia, tiga anak juga turut menderita. Justeru, anak-anak dan ahli keluarga sangat bersyukur akhirnya saya dapat keluar daripada kemelut rumah tangga. Saya hanya dapat bertemu tiga anak sebulan sekali. Pastinya ia tidak cukup kerana anak-anak sangat rapat dan memerlukan kasih sayang saya sebagai ibu mereka.
Sebelum berkahwin dengan Noor Nashriq, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 tetapi hanya bertahan selama empat bulan. Selepas itu, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 dan bertahan selama dua tahun serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.
Natasha juga pernah berkahwin dengan Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Khalila dan Faatimah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments