Baru sahaja menimang anak sulung pada 1 Oktober lalu, pelakon Elfira Loy yang kini dalam tempoh berpantang tidak melepaskan peluang untuk merakam momen indah bersama cahaya matanya, Muhamad Rayyan Khalaf.
Elfira berkongsi video saat dia menggendong dan mendodoikan anaknya itu. Memang manis sekali momen dua beranak ini dan semestinya akan menjadi kenangan terindah dipenuhi dengan kebahagiaan buatnya.
Walaupun masih dalam tempoh berpantang, Elfira tetap nampak berseri dan cantik hingga dipuji netizen.
“Dalam pantang pun cantik, macam
zaman remaja. Berseri”
Difahamkan, Elfira menggunakan khidmat “confinement lady” ketika berpantang. Mungkin sebab itu kita boleh lihat dia begitu sihat dan terjaga sehingga kecantikannya semakin terserlah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments