Bukan mudah bergelar selebriti, semua benda yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian ramai. Hati kena kental agar tidak mudah goyah dengan kecaman dan kritikan.
Baru-baru ini foto Nabila Huda bersama seekor serigala baka Husky ketika bercuti di New Zealand mendapat perhatian ramai. Meskipun sudah memberikan penjelasan awal dia telah samak, ia masih mengundang kontroversi.
Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang menegur tindakan pelakon itu dan menegaskan agar masyarakat beragama Islam tidak terikut dengan aski sedemikian.
“Jangan tiru aksi Nabila Huda, boleh
undang fitnah”
Meskipun Nabila sudah memaklumkan dia telah pun samak, namun, tiada bukti menunjukkan dia berbuat demikian. Bukan itu sahaja, tindakan memuat naik foto bersama anjing boleh menimbulkan fitnah buat agama Islam itu sendiri.
Hukum menyentuh anjing
“Kalau pun mazhab lain, tak payah up
gambar sebegitu”
Nabila bukanlah seorang yang mudah melatah dan tidak kisah dengan kecaman netizen. Apa-apa pun, harapnya teguran PU Syed ini dapat diterima dengan hati yang terbuka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments