#Hiburan: Selepas 4 Hari, Guna 20% Bateri Je? Power Betul Huawei Watch GT2 Ni!

Baru-baru ini, kami telah menganjurkan satu pertandingan dengan menawarkan seutas jam tangan pintar HUAWEI GT2 sebagai hadiah.

Setelah meneliti kesemua penyertaan yang diterima, kami telah memilih 2 orang peserta iaitu Ody dan Haffizi untuk membawa pulang HUAWEI Watch GT 2 selama 4 hari dan menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.

jam pintar huawei gt 2

Ody beraksi dengan HUAWEI Watch GT 2

jam pintar huawei gt 2

amboi teruja betul Haffizi memegang HUAWEI Watch GT 2 nie

Untuk makluman, salah satu kehebatan HUAWEI Watch GT 2 ialah baterinya yang mampu bertahan selama 2 minggu. Jadi untuk membuktikan fakta ini,

21412

Ody dan Haffizi telah menerima tugasan menggunakan jam tangan ini sepanjang 4 hari tersebut tanpa mengecasnya. Salah seorang dari mereka yang mempunyai peratusan bateri lebih tinggi akan dipilih sebagai pemenang. Menarik kan?

jam pintar huawei gt 2

Dijana dengan Kirin A1, rekaan chipset berganda (double chipset architecture ) dan teknologi penjimatan tenaga yang terkini, bateri HUAWEI Watch GT 2  mampu bertahan seperti yang diperkatakan walaupun anda menghidupkan fungsi “heart rate monitoring” dan bersenam selama 90 minit setiap minggu. Selain itu anda juga boleh memantau degupan jantung, kualiti tidur, tekanan serta stress dan memberikan anda peringatan untuk bersenam. Ha, itulah yang telah dilakukan oleh Ody dan Haffizi yang sentiasa ditemani HUAWEI Watch GT2 dalam setiap aktiviti harian mereka sepanjang 4 hari tersebut.

ody-1

stats

Rekaan HUAWEI Watch GT 2 ini pula memang menarik, kebabom dan menyerlahkan lagi ketampanan si pemakai. Mempunyai 2 pilihan saiz iaitu dan 42mm, HUAWEI Watch GT 2 direka secara minimalist dan mempunyai rekaan ultra slim beserta paparan melengkung yang dijana dengan skrin 1.39 inci AMOLED. Ada 3 edisi untuk dipilih iaitu Sports Edition, Classic Edition dan Elite Edition, berat jam tangan pintar ini hanya 29 gram sahaja. Rekaannya semua cantik-cantik belaka. Sekali tengok, memang jatuh cinta terus. Tak kira apa aktiviti yang korang lakukan, kehenseman dan kejelitaan anda pasti akan meningkat 10 kali ganda apabila ditemani HUAWEI Watch GT 2.

Dan pemenangnya ialah…

Sesungguhnya memang sengit persaingan antara Ody dan Haffizi ini. Kedua-duanya memang gigih memuatnaik segala aktiviti yang dilakukan dengan HUAWEI Watch GT2 di Instagram dengan hashtag #HUAWEIWatchGT2MY. Ikutkan hati nak bagi dua-dua menang, tapi sayangnya hanya satu je yang layak. Jadi selepas 4 hari, peratusan bateri bagi kedua-duanya ialah:-

Huawei Bateri

Ody – 78% VS Hafizi – 77%

Memang cukup tipis perbezaan bateri kedua-dua peserta ini. Ternyata Huawei Watch GT2 memang cukup hebat dari segi ketahanan bateri. Encik Ody, dengan perbezaan 1% bateri sahaja telah diumukan sebagai pemenang dan bakal membawa pulang seutas jam pintar Huawei Watch GT2.

Tahniah diucapkan. Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang jam tangan pintar terbaru HUAWEI ini, silalah ke laman rasmi Huawei Watch GT2 .Confirm anda pun akan teruja dan terus beli satu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments