#Hiburan: Wan Sharmila Sudah Tampil Berhijab?

Siapa yang tak kenal dengan pelakon genit iaitu Wan Sharmila yang masih kelihatan muda walaupun sudah menginjak usia 38 tahun. Sudah hampir 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni, nampaknya wanita ini masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan.

Seperti yang semua ketahui, Wan Sharmila sudah sekian lama tampil dengan imej wanita ayu dengan rambutnya yang panjang mengurai. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ramai yang perasan kesemua gambar yang dimuat naik ke laman Instagramnya menunjukkan dia sudah memakai hijab litup.

 

View this post on Instagram

 

Besf food evah! . . . A million feelings. A thousand thoughts. A hundred memories. One person. . . #osaka

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

 

View this post on Instagram

 

Besf food evah! . . . A million feelings. A thousand thoughts. A hundred memories. One person. . . #osaka

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Jadi, rata-rata peminat dan juga netizen berteka-teki sama ada pelakon wanita ini telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengubah imejnya agar tampil lebih muslimah.

Wan Sharmila kini sedang menenangkan dirinya dengan bercuti di Jepun. Kesemua gambar yang diambilnya ketika di sana juga jelas menunjukkan bahawa dia berhijab penuh.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada tuan punya badan sendiri. Ramai peminat yang memuji penampilan terbarunya itu dan berharap agar dia kekal istiqamah sekiranya dia benar-benar sudah berhijrah.

Sumber: Instagram


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments