Sekali lagi dikecam teruk, Haneesya tampil menjelaskan dia tidak pernah berniat mempersendakan agama dan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pemilik produk berkenaan memungkiri janji dengan berkongsi foto keseluruhan imej.
Saya tak bodoh agama dan saya tak akan memperlekehkan agama saya sendiri. Saya diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf. Itu saja tapi saya tak sangka gambar itu adalah gambar penuh.
Sedangkan masa penggambaran saya dah ingatkan mereka supaya tidak merakam foto saya dalam keadaan seksi apatah lagi muat naik di laman sosial.
Dalam isu ini, Haneesya berkata tidak adil untuk netizen terus mengecam dan menuduhnya memperlekehkan agama. Bukan dia yang melakukan kesalahan tetapi orang lain sehingga mencetuskan kontroversi.
Bila mereka muat naik gambar tu, pada saya ia bukan salah saya sebab mereka yang berbuat demikian. Bagi saya pula, saya dah cuba terbaik untuk pastikan gambar itu dihapuskan bukan kerana saya takutkan kecaman tapi saya tahu gambar macam tu tak patut dikongsi di media sosial kerana boleh menyebabkan kemarahan orang.
Jadi, tak wajar ada pihak nak tuduh saya mempermainkan agama, saya tak jahil sampai tahap tu lagi.
Terdahulu, ‘posing maut’ Haneesya yang dilihat mengenakan tudung tetapi seakan tidak berpakaian mengundang kemarahan netizen. Haneesya dituduh tidak menghormati agama Islam dan sengaja tampil dengan aksi melampau itu demi meraih publisiti murahan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments