Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha serta dua orang anak mereka yang comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Mereka ini sememangnya mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram dan sering menjadi perhatian netiezen.
Namun, tindakan Hairul yang memadam komen angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar mengenai keburukan ‘baby standing’ yang dilakukan terhadap Alisa dimana bayi berusia 5 bulan itu berada dalam posisi berdiri dan kakinya digengam, rata-rata netizen menganggap pelakon lelaki itu bersikap tidak profesional dan tidak terbuka menerima teguran demi kebaikan.
Tindakan Hairul turut mendapat perhatian Public Health Malaysia yang meminta orang ramai ramai supaya tidak mencontohi perbuatan tersebut. Ia hanya mengundang padah kepada bayi.
Anak bukan sarkas
Betapa bahayanya aksi mendirikan bayi di atas tapak tangan, boleh menyebabkan kecederaan serius termasuk risiko jatuh dengan kecederaan di kepala, patah tulang, tekanan pasar lutut bayi dan tulang kaki bengkok.
Tidak salah untuk mempunyai minda terbuka dan menerima teguran daripada mereka yang lebih berpengalaman dan berilmu. Kalau demi kebaikan diri dan keluarga apa salahnya kan? Sebab sebagai seorang selebiriti popular, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan peminat. Berikan contoh yang baik dan berfaedah kepada masyarakat.
Sumber Berita : Facebook Public Health Malaysia
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments