Baru-baru ini, hubungan pelakon Intan Najuwa dan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis menjadi tanda-tanya selepas lelaki itu memuat naik status luahan kecewa di Instagram mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.
Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Fazrul menjelaskan kenyataan tersebut bukanlah ditujukan pada Intan dan hanya sekadar status umum sahaja. Hubungan mereka berdua masih baik dan dia kini dalam proses untuk membimbing Intan.
Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.
Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang.
Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa , saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik.
Fazrul berkata hubungan mereka tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan dan dia memahami kerjaya tunangnya itu sebagai seorang artis dimana ada kalanya akan timbul gosip. Dia tidak menyalahkan mana-mana pihak berikutan faham lumrah kehidupan artis sama seperti dunia politik.
Terdahulu, foto Intan bersama Zul Ariffin tular dan mengundang kecaman netizen selepas kedua-dua pelakon itu dilihat begitu mesra sekali berpelukan dengan tangan aktor itu diletakkan di atas peha Intan. Pelakon wanita itu dikecam teruk seakan “mudah” membiarkan dirinya disentuh lelaki lain.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments